Wednesday, 28 August 2013
Sebarang maklumbalas/aduan/cadangan/berita terkini pendidikan khas di tempat anda
sila hantar ke mgpkhas13@gmail.com
ISU PENDIDIKAN KHAS DI NEGERI SABAH
MEMORANDUM PENDIDIKAN
BERKENAAN
ISU PENDIDIKAN KHAS DI
NEGERI SABAH
Disediakan Oleh
MAJLIS GURU PENDIDIKAN
KHAS SABAH
Dikemukakan kepada
MAJLIS BERSAMA JABATAN
PENDIDIKAN SABAH
29 OGOS 2013
PANDANGAN
DAN CADANGAN
BERKENAAN
ISU PENDIDIKAN KHAS DI SABAH
Pendahuluan
Di Sabah terdapat lima (5)
prasekolah, tujuh puluh (70)buah sekolah rendah dan empat puluh tujuh
(47)sekolah menengah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menawarkan program Pendidikan Khas Integrasi.
Pendidikan khas adalah
perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu
berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang
mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah
laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang
penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan
pintar cerdas.
Kementerian Pelajaran Malaysia
menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas
1997 Bahagian II 3 (2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid
bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula
adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Walaubagaimanapun, kami amat
dukacita terhadap beberapa isu berbangkit yang dihadapi warga pendidikan khas
di Sabah terutamanya murid, ibubapa, guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
beberapa tahun kebelakangan ini. Kami sebagai Majlis yang bertanggungjawab
dalam membantu memajukan pendidikan khas di Sabah ini akan menyenaraikan memberikan
pandangan dan cadangan terhadap isu pendidikan khas di Sabah seperti berikut :
1.ISU KEKURANGAN GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
Pandangan :
1. Isu
kekurangan guru dan PPM merupakan isu yang sering dibangkitkan ahli dalam
Mesyuarat Bersama Sektor Pendidikan Swasta Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah.
2. Kesukaran
mentadbir Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah masing-masing
disebabkan beban tugas yang banyak dan perlu menangani keperluan murid istimewa
yang ramai.
3. Kuota
perjawatan yang ditetapkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah 1 guru untuk 6.5 murid, 1 PPM bagi setiap 10 murid.
4. Hampir
semua PPKI di Sabah mengalami masalah ini. Contoh kritikal PPKI yang mengalami
masalah ini ialah PPKI SMK Kota Marudu II (31 murid, 2 guru,1PPM).
5. Keadaan
bertambah rumit apabila guru atau PPM mengalami masalah tidak dapat hadir ke
sekolah seperti sakit, cuti bersalin dan kecemasan keluarga.
Cadangan :
1. Tempatkan
segera guru dan PPM ke PPKI yang mengalami masalah kritikal.
2. Memastikan
bekalan guru dan PPM sentiasa mencukupi.
3. Lantik
lepasan siswazah tempatan sebagai guru kontrak atau guru ganti.
2.ISU PERLUASAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS YANG PERLAHAN
Pandangan :
1. Pertambahan
mendadak jumlah murid berkeperluan khas dan mempunyai kad OKU di setiap sekolah
terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman memerlukan pembukaan program
pendidikan di setiap sekolah.
2. Di
Sabah, sekolah yang menawarkan pendidikan khas agak kurang disebabkan kekangan
peruntukan perjawatan kakitangan yang terhad dan sumber fizikal bangunan yang
daif menyebabkan murid tidak mendapat pendidikan yang sesuai dengan keupayaan
mereka.
3. Faktor
jarak rumah dan program yang menawarkan Pendidikan Khas juga terlalu jauh dan
kos tambang yang mahal.
Cadangan :
1. Menetapkan
dalam lingkungan 15 kilometer perlu mandatori ada sekurang-kurangnya sebuah
program pendidikan khas di sekolah berdekatan.
2. Menyediakan
bas percuma.
3. Menyediakan
asrama khas untuk murid istimewa.
3.ISU PEMBANGUNAN BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS YANG PERLAHAN
Pandangan :
1. PPKI
masih belum menerima peruntukan pembinaan bangunan baharu spesifikasi
Pendidikan Khas walaupun bertahun-tahun menanti.
2. Sebahagian
besar Bangunan kelas PPKI sedia ada tidak mesra OKU kerana sempit dan
keretakan.
Cadangan :
1. Pihak
bertanggungjawab perlu segera membina atau menambahbaik bangunan dan mendapat
kelulusan sijil layak menduduki dari Jabatan kerja raya.
2. Memohon
sumbangan Kerajaan Negeri dan syarikat swasta.
4.ISU SUMBER KEWANGAN TERHAD
Pandangan :
1. Banyak
aktiviti Pendidikan Khas peringkat setiap tahun memerlukan pergerakan dan kos
pengelolaan.
2. PCG
Pendidikan Khas tidak mencukupi bagi menampung keperluan aktiviti murid.
Cadangan :
1. Sediakan
peruntukan khas kepada setiap PPKI.
5. ISU KEFAHAMAN KOMUNITI TERHADAP PENDIDIKAN KHAS
Pandangan :
1. Pihak
berkepentingan seperti pegawai perubatan, ibubapa dan masyarakat masih keliru
dan kurang kefahaman tentang pendidikan khas.
2. Stigma
negatif masyarakat terhadap label OKU
Cadangan :
1.
Perhebatkan promosi pendidikan khas melalui
media dan penerangan atau publisiti.
JAWATANKUASA MAJLIS GURU PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2013 – 2014.
PENAUNG
PENGARAH PELAJARAN SABAH
PENASIHAT
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN
PENDIDIKAN KHAS
PENGERUSI
PN.ALIZAH ABDUL MALIK
( SMK KOLOMBONG , KK )
TIMBALAN
PENGERUSI
EN.SUFRIMADI SANORDIO
( SK
KG SELAMAT , KUNAK)
NAIB
PENGERUSI
EN.RAZIF RADUAN
( SMK
TANSAU , PENAMPANG.)
SETIAUSAHA
EN.KAMARUDIN MAD ARIF
( SK
LUYANG , KK )
TIMBALAN
SETIAUSAHA
PN.HIDAYATI SUPARNO
(SK INANAM DUA , KK )
BENDAHARI
PN.PILUH@MATILDA OSONG
( SMK
DATUK PETER MOJUNTIN , P’PANG )
TIMBALAN
BENDAHARI
(SMK BAHANG , PENAMPANG.)
AJK:
BIRO LAWATAN DAN REKREASI :PN.RINAWATY
TALIB -SK PEKAN KINARUT
BIRO SUKAN DAN PERMAINAN ( KOKURIKULUM ) :PN.ASIAH TAHIR -SMK MUHIBBAH , SANDAKAN
BIRO KEBAJIKAN :EN.MOHD
HISYAMMIEDDY ESA -SK MATUNGGONG , KUDAT.
BIRO PENERANGAN DAN PUBLISITI :PN.
DELCE@DELCEE VINCENT -SMK NAMBAYAN , TAMBUNAN
BIRO PERANCANGAN KURIKULUM DAN INOVASI :PN .ROHANI IBRAHIM -SK KG CONTOH
PETAGAS .
BIRO SAMBUTAN DAN PERAYAAN :
PN .ROHAYA JAAFAR -SK PEKAN LAHAD DATU.
JURUAUDIT DALAMAN :
PN NANIH AGUNG – SMK BADIN , TUARAN.
JURUAUDIT LUAR :PN
ROSNI AG BESAR – JPN ( PENYELIA PENDIDIKAN KHAS )
Subscribe to:
Posts (Atom)